Adakah Kita Sudah Bersedia Menghadapi Saat Apabila Maut Datang Menjemput?????
Soalannya di atas mudahkan? Maksudnya mudah diluahkan, namun sukar untuk memberi kata jawab yang tepat...
Tergamam bukan??...
Benar, ramai manusia masih leka dengan hal duniawi. Mereka tidak sedar bahawa kelekaan mereka akan membawa padah. Hakikatnya kita semakin dekat dengan kematian dan menyesal kemudian hari sudah tidak berguna kerana masa yang berlalu sudah jauh dengan kita semua.
Berbahagialah orang yang menyedari betapa indahnya dan nikmatnya mengetahui mengenai cara menjadi hamba Allah yang terpimpin dengan sinaran iman dan islam hakiki. Mereka tidak rela biarpun sesaat daripada usianya pergi begitu saje kecuali yang membawa ke jalan yang di redhai Allah dan yang mendapat curahan kasih sayang daripada-NYA.
Kita memerlukan hidayah supaya kita mendapat cahaya dan petunjuk daripada Allah. Kurnian hidayah bagi seorang manusia adalah begitu penting. Pernah berlaku kejadian di mana seorang yang matanya ditutup kemudian disuruh berjalan. Akhirnya dia menangis.
Mengapa??
Mengapa tidaknya! Dia berasa setiap langkahnya penuh dengan keraguan, berbahaya dan berisiko. Mungkin dia akan jatuh,terhantuk atau bermacam-macam kemungkinan lagi. Begitulah keadaan kita apabila kita tidak mendapat petunjuk daripada Allah. Marilah kita berdoa agar dikurniakan hidayah dan menjaganya apabila kita mendapat petunjuk daripada-NYA kerana hidayah tidak dapat dibeli dimana-mana. Ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran surah as-syams ayat 8 yang bermaksud " Dan Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan".
Selain itu, marilah kita mewujudkan perasaan dekat dengan Allah supaya hati kita tidak terpesong daripada rahmat-Nya. Kita sebagai manusia tidak lari daripada membuat kesalahan. Oleh itu, bertaubatlah jika merasa diri ada membuat kesilapan dan memohon keampunan-NYA.
Kita mesti taat kepada Allah dan membuat ibadah sebagai bukti dan wujud ketaatan kita seperti berzikir, tidak meninggalkan solat dan bermacam-macam lagi ibadah yang boleh kita lakukan. Selepas kita membuat ibadah,kita mesti bertawakal di atas ape yang kita usahakan dan mengharap Husnul Khatimah kerana ajal adalah ketentuan Allah dan kita perlu bersedia untuk menghadapinya.
Akhir sekali,beruntunglah sesiapa yang bersungguh-sungguh menjadikan tujuan hidupnya kerana Allah. Semoga kita tergolong daripada kalangan yang mendapat kurnian dan rahmat-NYA. Semoga kita mampu menyucikan diri kita sebagai persedian menemuinya kelak.