Jumaat, 14 Mei 2010

Bagaimana Membalas Budi????

Balas Budi Melalui DOA.......

Dalam kehidupan, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain. Sama ada di rumah,pejabat,jiran atau sekolah, kita saling bergantung antara satu sama lain dan tidak mahu harus belajar untuk menabur budi, menerima budi dan menghargai budi yang diberikan orang lain.

Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan, dan amalan baik. Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah yang dikatakan, orang berbudi, kita berbahasa,orang memberi, kita merasa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana ALLAH sentiasa membalas kebaikan ( orang yang berbuat baik ) lagi mengasihani orang yang bersyukur".....
(riwayat tabrani)
muffakiratul mukmin......

1 ulasan:

  1. saya setuju dengan pendapat ibn saidin...kita tidak memerlukan duit untuk membalas budi...kita boleh menggunakan kelebihan yg ada pd kita untuk menyumbang bakti dan membalas jasa...keihklasan dlm berdoa yg lebih penting agar doa tersebut dimakbulkan...

    BalasPadam